SENARAI COKLAT TIDAK HALAL DAN HARAM DIMAKAN


Setelah dua jenis coklat keluaran Cadbury disahkan tidak halal dan mempunyai DNA babi, kini banyak lagi jenis coklat didedahkan “TIDAK HALAL” dan mempunyai unsur DNA babi.

Sebelum ini kecoh di laman sosial mengenai dua jenis produk keluaran Cabdbury iaitu Cadbury Dairy Milk dengan Kacang Hazel dan Cadbury Dairy Milk dengan Buah Badam disahkan mempunyai DNA babi.

Makluman ini disahkan sendiri oleh Kementerian Kesihatan Malaysia hasil daripada analisis ke atas dua jenis produk keluaran Cadbury itu.

Terbaru, terdapat beberapa keping lagi gambar keputusan analisis ke atas  coklat lain yang popular di Langkawi. Coklat yang dikesan mengandungi DNA babi adalah coklat jenama Frey, Mars, Hershey’s, dan Whittaker’s. Kesemua jenis coklat ini tidak mempunyai logo halal dan dijual di kawasan bebas cukai, Langkawi.

Jika sesiapa pernah ke Langkawi mungkin pernah terbeli salah satu senarai coklat tidak halal ini bukan? Sebelum ini tidak ada lagi timbul isu mengenai DNA babi atau lemak babi dan kita mungkin terlepas pandang perkara ini. Setelah timbul isu mengenai perkara ini kita seharunya lebih berhati-hati bagi mengelakkan lagi termakan makanan yang haram.

Satu langkah mudah untuk membeli coklat adalah meneliti dahulu logo halal pada sesuatu coklat itu. Jika tiada logo halal jangan memberanikan diri untuk membeli juga kerana dikhuatiri tidak halal dan mempunyai unsur haram.

Jika diteliti hasil analisis ini, syarikat yang mengimport coklat ini adalah dari syarikat milik Orang Melayu yang beragama Islam iaitu Perniagaan Hj Ismail Sdn Bhd. Persoalan disini, adakah syarikat yang mengimport coklat ini tidak meneliti dahulu kehalalan sesuatu produk itu?




Catat Ulasan

25 Ulasan

  1. Lepas ini kena hati-hati klau nak beli coklat di langkawi, jangan main serbu saja...

    BalasPadam
  2. Avant cokelat Cameron Highlands adakah halal dimakan

    BalasPadam
  3. Kena check betul2, kalau Cadbury & Hershey buatan Malaysia memang halal, Cadbury dikilangkan di Shah Alam ( kalau saya tak salah ), Hershey ada kilang di Negeri Sembilan.Produk yg ada di langkawi byk brg import, sbb itu byk tak halal

    BalasPadam