Kembalinya Bintang Dangdut Malaysia!


Pada zaman kini, irama muzik dangdut semakin pudar dengan tiada lagi artis-artis dangdut seperti dahulu. Lagu irama dangdut juga kurang di mainkan di radio-radio.
Ifa Raziah adalah antara artis dangdut yang masih bergiat dalam industri muzik tanah air. Beliau penyanyi asal lagu " Ser Ser Ser". Beliau telah menubuhkan satu kelab yang disertai oleh semua artis dangdut yang sudah sekian lama menghilangkan diri selama 15 tahun. Antara artis dangdut yang sertai adalah Ifa Raziah, Amelina, Mas Idayu, Linda Eva, Liena Hangat, Linda Mamat, Anis Aneesa, Shikin, Sheeda, Ani Maiyuni, Salwa Abd Rahman, Tushee, Papa J, Haiza dan Intan Maya. Kelab ini diberi nama "Persatuan Bintang Dangdut Malaysia".
Pada 17 Mei (Selasa) kelab ini akan membuat sidang media seterusnya melancarkan Persatuan ini. Ia akan bertempat di FLORA TERRACE HAMPSHIRE KUALA LUMPUR jam 3 petang hingga 6 petang. Turut sama kehadiran Raja Gelek,  Ratu Dangdut Malaysia dan peserta Dangdut Star untuk memeriahkan lagi majlis pelancaran ini. Mari kita memeriahkan lagi majlis ini. Datang beramai-ramai.
Dengan adanya kelab seperti ini irama muzik dangdut akan lebih didengari di radio-radio. Muzik ini juga akan dikenali dan digemari ramai pendengar diluar sana kelak. Nantikan kehadiran mereka....

Catat Ulasan

0 Ulasan