Tema Hari Guru & Lirik Lagu Tema Hari Guru 2017

Hari Guru akan disambut pada tanggal 16 Mei setiap tahun. Sambutan ini disambut oleh semua guru dan semua murid. Pada hari sambutan, guru-guru akan dirai oleh murid-murid atas jasa guru yang telah dicurahkan kepada murid-murid selama mereka bergelar sebagai seorang pendidik.


Image result for hari guru 2017

TEMA HARI GURU 2017 : GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
Lirik Lagu " Guru Pembina Negara Bangsa"


Bersedia melangkah megah 
Walaupun sukar baktiku curah 
Demimu ibu pertiwi 

Sumpah ku lafaz janji kukota 



Berikrar eratkan bangsa 
Kukuhkan cinta kepada Negara 
Berjasa terus berjasa 

Menyebarkan ilmu tiada batasnya 



Guru Pembina Negara Bangsa 
Gagah perjuangkan visi Negara 
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa 

Demi agama dan nusa tercinta 



Guru Pembina Negara Bangsa 
Tetap unggul senadakan suara 
Sehaluan menggapai matlamatnya 

Cemerlang dan gemilangkan Malaysia




Lirik Lagu " Kami Guru Malaysia"

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita


Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Dibidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan




Catat Ulasan

0 Ulasan