Gema Gegar Vaganza Kini Kembali Menggegarkan Sabtu Anda


Gema Gegar Vaganza kini kembali dengan konsep dan format yang sama seperti GGV Musim Pertama dengan menampilkan seramai 11 peserta yang bertemakan ketuhanan. Gema Gegar Vaganza Musim Kedua akan bersiaran secara langsung selama tujuh minggu di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil bermula 31 Mac 2018 (Sabtu) ini pada jam 9.00 malam. 

Peserta-Peserta Gema Gegar Vaganza 2


Seramai 11 peserta yang bakal berentap di pentas Gema Gegar Vaganza Musim Kedua untuk bergelar Juara. Sebanyak 5 buah kumpulan, 1 duo dan 5 orang peserta solo yang akan bertanding. Antaranya ialah :

Farah Asyikin

LAGU HITS : KEMBALI LAGI DI SISI MU
INSTAGRAM : @farahasyikin.fa

Heliza & Hazwani Helmi

LAGU HITS : JOM SELAWAT
INSTAGRAM : @nurhelizahelmi  @hazwanihelmi

Fitri Haris

LAGU HITS : HANYA TUHAN YANG TAHU
INSTAGRAM : @fitriharisofficial

Awi Rafael

LAGU HITS : MANUSIA SEMPURNA
INSTAGRAM : @awirafael

Ippo Hafiz

LAGU HITS : KEKAL BAHAGIA
INSTAGRAM : @ippohafiz

Adeep Nahar

LAGU HITS : BAWAKU TERBANG
INSTAGRAM : @adeepnahar_

Rabhitah

LAGU HITS : JALAN KELUAR 

In Team

LAGU HITS: NUR KASIH
INSTAGRAM : @official_inteam

Brothers

LAGU HITS : DOA PERPISAHAN

Devotees

LAGU HITS : KEKASIH
INSTAGRAM : @devotees.official

Mestica

LAGU HITS : EGOIS
FACEBOOK : MESTICAOFFICIAL

GGV2 kali ini masih mengekalkan Siti Nordiana & Fikry Ibrahim sebagai pengacara malah kali ini Fakhrul UNIC juga akan berganding bersama sebagai pengacara. Dari segi pemarkahan pula, barisan peserta akan diadili oleh dua orang juri tetap iaitu Farihin Abdul Fattah dan Oki Setiana Dewi serta juri jemputan setiap minggu.

Juara Gema Gegar Vaganza Musim Kedua bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 100,000 beserta trofi. Naib Juara pula bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM 30,000 dan tempat ketiga akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 20,000 beserta trofi. Tempat keempat pula bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM 15,000 manakala tempat kelima sebanyak RM10,000 dan RM 5000 bagi tempat keenam beserta trofi.

Jangan lupa saksikan Gema Gegar Vaganza 2 setiap hari Sabtu bermula 31 Mac ini di Astro Oasis 106 dan Astro Maya HD 135 bermula jam 9.00 malam.

Persembahan peserta mana yang anda tunggu-tunggu? Jom kongsikan di ruangan komen dibawah.

Catat Ulasan

0 Ulasan